Khamis, 28 Oktober 2010

Banyak kerja!!

Salam sejahtera...

Maaf sebab tak dapat BlogWalking atas sebab kerja load bersepah-sepah dalam dektop nih..

APA GUNA NYA DAPAT DWET TAPI KERJA TAK JALAN KAN??

Jadi atas dasar amanah, saya terpaksa fokus pada kerja dulu. Bcoz DONT WANT TO LBDN (Look Busy Do Nothing)...

Maaf wahai dunia blogger...zzz

Selasa, 26 Oktober 2010

HARIMAU Yang Beriman

""Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh
bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "

Constructive

Ahad, 24 Oktober 2010

Ilusi Optik : DIY Naga Pusing Kepala



Buat sendiri jea. Print template naga ini dan potong mengikut arahan yang disediakan didalam template. Memang menarik, bila anda pandang naga ini ia kepalanya akan pusing mengikut kemana anda pergi.

Template Naga berwarna : MERAH, BIRU DAN HIJAU

Sabtu, 23 Oktober 2010

Maher Zain Thank You Malaysia :)


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way
Video & Lyrics Information

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

http://www.facebook.com/MaherZain

Jumaat, 22 Oktober 2010

Doa untuk bukan Muslim

wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya "malu") dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.

SMS beliau kepada saya: "Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?"

Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham.

Perkataan "sejahtera" itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu.


Harussani bukan lemah seperti saya

Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

Kita memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".

Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar".

Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka?

Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Rabu, 20 Oktober 2010

Anti-Menara Mega Malaysia : Facebook Sekat

Laman sosial Facebook telah menyekat sebuah halaman yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia yang membantah cadangan kerajaan bagi membina sebuah menara 100 tingkat di ibu negara, Kuala Lumpur.

Dalam tempoh, empat hari, laman itu berjaya menarik 30,000 peminat ataupun satu daripada 300 pengguna Facebook di Malaysia. Sasaran mereka adalah untuk mengumpulkan sejuta peminat.

Meskipun pengguna Facebook masih boleh menyertai kempen '1M Malaysians reject 100-storey Mega Tower', namun pemilik halaman itu dilarang menyiarkan sebarang mesej baru di halaman berkenaan.

Pemilik laman yang tidak dikenali itu menganggap tindakan Facebook sebagai satu bentuk tapisan baru di internet.

“Sementara media baru memberi peluang pergerakan sosial baru, sikap kukubeasi oleh gergasi internet seperti Facebook menjunam ke arah bentuk tapisan yang baru,” kata seorang daripada pemiliknya setelah menyedari lamannya itu telah disekat.

Facebook menerbitkan kenyataan ringkas: "Your publishing rights have been blocked due to a violation of the Pages Terms of Use" atau diterjemahkan sebagai hak menerbit anda disekat kerana mencabuli syarat penggunaan.

Facebook tidak menyatakan apa yang dimaksudkan dengan pencabulan peraturan itu, mahupun membekalkan saluran untuk merayu

Isnin, 18 Oktober 2010

Trick Traffic : Trafik Backlink 6,103,515,625


Assalamualaikum..... Hari tu entri macam nih dah dipost kan dlam blog ni, tengok result gempak gak. Lepas tu try delete sebab nak tengok ada betol ke tidak efek ni menjadi. Dan memang sah mengikut cara nih menjadi. Terpulang lah nak percaya ke tak cuma kalau ada apa-apa info share yea. Result hari tu ada kat sini >>> KLIK SINI

aku nk post satu entry berkenaan tricks untuk korang mendapatkan berjuta2 backlink dgn cara senang dan senyap....huhu.... Jom baca artikel kat bawah ni yg aku copy dari Blog Lakaran Hidup. Apalagi jom la cargasss!!!!
 
Langkah Letupan 6,103,515,625 Backlink!

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

  1. Cara hidup baru abad 21
  2. Bila Aku Menulis Blog 
  3. ~ApekpunyaBlog~ 
  4. My Big Family & Friends 
  5. ABCMILO
  6. matdin (orang paling terkenal hehe…)
  7. MSR @Blogger
  8. tengku nizam
  9. mizz shizu
  10. Me & Myself V3 
  11. Blog Hanz
  12. myvitrd 
  13. Lakaran Kehidupan
  14. Hikayat Marhaen Kacak
  15. .Belog Hafizm
PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Senang jea kan? Cuma mesti ikut urutan seperti di jelaskan dalam peraturan pada no.4 di atas


Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625 !!!!! 

Amacam? Logik la kan.... Ni mcm stail piramid la.... Same mcm MLM...hehe.....

So jom kite same2 tingkatkan trafik...zaaaasssss..

**Kalau tak faham caranya tanya melalui comment** 

p/s : Efek nih amik masa sikit untuk trafik. Tak ada datang bergolek-golek nya dengan senang. Yang penting sabar dan berdoa moga trafik anda naik. Amin....

Mammogram NASA


Ini adalah gambar NASA tetapi ia bukannya galaksi, bulan atau Saturn. Ia adalah mammogram payudara dihasilkan dengan alat yang sama digunakan untuk meningkatkan imej yang diambil oleh Satelit Pengamatan Bumi mereka . Dan ia dapat membantu doktor mengesan kanser lebih awal.

Software ini sekarang termasuk dalam sebuah sistem yang disebut MED-SEG. Di sebelah kiri ialah gambar mammogram biasa. Di sebelah kanan, pos gambar-diproses oleh algoritma ditingkatkan NASA Goddard Space Flight Center. Alat analisis buatan mewarnakan gambar hitam dan putih untuk membantu doktor melihat tumor lebih mudah seperti gambar disebelah kanan.

Menurut Dr Thomas Rutherford, pengarah onkologi ginekologi di Yale University, "Penggunaan teknologi berasaskan komputer boleh mengurangkan 'human error' yang terjadi ketika menilai filem radiologi dan mungkin membolehkan pengesanan awal kelainan dalam tisu."

Sumber:Flicker

Ahad, 17 Oktober 2010

Award Anugerah Terbaik

Award adalah anugerah, anugerah diatas apa yang telah anda jayakan. Jadi sudah menjadi adat bahawa jika ditag, maka kita sebagai blogger berETIKA kena lah dengan berbesar hati menTAG semula kan?


Award khas dari Personal Things ini adalah yang pertama.

Award-The Best Follower adalah sebuah anugerah yang diciptakan bagi menghargai setiap pengikut (follower) yang sanggup dan sudi mengikuti blog kami.

Kepentingan Utama Award-The Best Follower ialah memberi keyakinan dan persepsi positif terhadap pengunjung atau bakal follower bahawa pemilik laman tersebut semestinya akan mengikut (follow) semula pengikut-pengikut (followers) baru yang sudi menjadi ahli lamannya.

Kepentingan Di Sebalik Award -The Best Follower ialah bilangan pengikut (follower)pada sesebuah laman merupakan salah satu sudut pandang pertama pengunjung terhadap sesebuah laman yang mereka kunjungi. Secara amnya, bilangan pengikut (follower) yang ramai dalam sesebuah laman itu mencerminkan :

1. Isi kandungan laman yang baik dan menarik.
2. Pemilik laman yang aktif dalam menerbitkan bahan baru.
3. Pemilik laman yang aktif berkunjung ke laman-laman jiran.
4. Pemilik laman yang sentiasa sudi dalam memberikan komen dan maklum balas.

Seperti biasa, bila dah dapat Anugerah kena la jawab soalan. Kalau dah kena jawab soalan kenalah tag rakan-rakan blogger yang lain. Jadi pada sesiapa yang di-tag oleh saya sila ambil ya Anugerah ini. Nanti jangan lupa ambil Anugerah kat atas tu eh.

Ucapan anda
"Saya mengucapkan jutaan terima kasih terhadap Anugerah ini"


Berikan 4 ciri lelaki/wanita idaman anda untuk anda jadikan suami/isteri
  1. Solehah
  2.     Jujur
  3.  Cerdik
  4.    Sihat
Berikan 1 tips ringkas untuk kekalkan hubungan dengan pasangan anda
Doa kan sentiasa berkekalan...

Pernah anda terjumpa doa pendekat jodoh & putus cinta?
Pernah! tapi tak penah kesah pasal dah ada jodoh.

 Tahniah!! Anda telah menerima Anugerah 
  1. http://greensyndicate.blogspot.com/
  2. http://intizhar-kalamhati.blogspot.com/
  3. http://feelmyseoul.blogspot.com/
  4. http://aidaakin.blogspot.com/
  5. http://colepzy.blogspot.com/

Tentera Rahsia : Batman! Google Maps Merungkai Senjata Tersembunyi Tentera Udara!



Terima kasih kepada Google Maps, kita sekarang tahu bahawa Tentera Udara Amerika Syarikat menyembunyikan senjata yang sangat khusus di pangkalan tentera di Okinawa, Jepun. Dan memang mereka bekerjasama dengan nya. Anda boleh melihat nya sendiri sebelum page ini di-Ban oleh US. Google map Coordinate 26.358298,127.78389



LINK : GOOGLE maps

Link Tambahan Wikipedia

Sabtu, 16 Oktober 2010

Blogspot Traffic Memang Gempak Lah

Salam, hari ni tak ada nak di-share-kan...melainkan share ini :-


Khamis, 14 Oktober 2010

How To: Cara Menangani Pelajar Yang Mencabar Kepakaran

Bila berada dalam situasi yang mencabar kepandaian dan kepakaran kita, apa yang perlu lakukan?
Guna kan jawapan seperti contoh di bawah untuk menjawab.

Moga anda tetap nampak cool.

Immortality of McDonalds Happy Meal Project

Sally Davies membeli Happy Meal McDonald's pada tarikh 26 April 2010. Dia meletakkannya di meja kopinya dan mengambil gambar setiap hari selama enam bulan. Video ini menunjukkan hasil yang cukup menakutkan.




180 hari - tidak ada cacing, kulat, bau, atau dekomposisi dapat dilihat kata beliau.


Mungkin anda telah melihat hal serupa sebelumnya, tapi sebenarnya setiap orang boleh mengulang percubaan sederhana ini, Burger dan kentang goreng ini dapat bertahan melalui enam bulan-termasuk musim panas New York. Ia menakutkan dan kotor. Sally memberi tahu tentang percubaan ini dalam 'Good Morning America'.

Sekarang apa yang perlu kita perlu tahu apakah teknologi yang digunakan untuk menghasilkan benda ini oleh McDonald? Apakah ia dibuat dari polimer berasaskan karbon? Apakah boleh dikitar semula menjadi bahan bakar jet? Rasa keenakannya lebih baik sedikit dari rasa asbestos.

McDonald Malaysia belum lagi di uji.Ada yang membantah dengan menyatakan ekperimen ini adalah palsu. Anda boleh mencubanya sendiri.

Saya? RFC adalah pilihan fastfood terbaik.

 p/s: So Unhappy Meal

Selasa, 12 Oktober 2010

Nyamuk aedes : Nyamuk ANTI-DENGGI

Mengikut Newscientist.com, Nyamuk yang dijangkiti oleh bakteria yang akan menghentikan penularan virus demam denggi berdarah akan dilepaskan dalam tahun hadapan.

Sekitar 100 juta orang di daerah tropika dijangkiti demam denggi berdarah setiap tahun, dan 40,000 yang dilaporkan mati. Lingkungan virus ini sudah berkembang, dan minggu lalu sahaja Perancis melaporkan kes pertama tempatan diperolehi. Adakah perancis negara tropika seperti kita?


         Gambar: Simtom-Simtom Demam Denggi.

O'Neill Scott dari University of Queensland di Brisbane, Australia, dan rakan telah menemui bakteria lalat buah yang disebut Wolbachia yang menjangkiti nyamuk Aedes, dan akan membuat mereka kurang mampu untuk membawa virus denggi. Ia juga akan mengurangkan separuh jangka hayat nyamuk aedes itu. Hanya nyamuk dewasa yang menyebarkan denggi - jadi dengan membunuh nyamuk tersebut boleh menghentikan penyakit bawaan nyamuk ini. Ini kerana usia nya semakin berkurangan dan akan mati sebelum dewasa.

Wolbachia disebarkan melalui telur dari si betina yang dijangkitinya, O'Neill mengatakan, oleh sebab itu hanya keturunan yang dijangkiti sahaja akan membawa bakteria tersebut.

Nyamuk yang dijangkiti akan dikeluarkan di Australia dan Vietnam. Tiada laporan lengkap buat masa ini untuk dikeluarkan di Malaysia. Namun ada khabar dari pihak berkuasa Malaysia, menyatakan kita adalah bakal menjadi negara Asia pertama menggunakan nyamuk yang di-modifikasi genetiknya bagi melawan denggi.

Isnin, 11 Oktober 2010

Jantung Dan Buah Pinggang

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti.
  1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
  2. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
  3. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  4. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  5. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  6. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  7. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat pemakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer).

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

  1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
  2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
  3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
  4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
  5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi majerin
  6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
  7. Elakkan mandi selepas makan
  8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
  9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
  10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
 

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.


  Sekian Wassalam Wallahua'lam


Artikel dari Laman Web Rasmi Persatuan Pengguna Islam malaysia (PPIM)

Ahad, 10 Oktober 2010

SURROUNDED BY THE GREATEST SHOW

Salam semua......hari ni Ber-blog walking kat kat kampung, klu nak tahu nama kampung ni 'Small Ville' bila diterjemahkan menggunakan kamus hafizm edisi cetak rompak.

Sementara ada dekat kampung ni malam adalah waktu paling syok, sebab apabila kita tinggal di bandar...dengan secara otomatiknya kita terlupa yang sebenarnya kita dikelilingi SHOW TERHEBAT di alam semesta ni..

Nak tau apa the greatest show tu?



Haa nih lah pertunjukan paling hebat malam-malam dekat sini (gambar hiasan). Kat bandar susuh nak tengok sebab cahaya lampu akan reflek pada udara dan lapisan atmosfera sampai tengelam cahaya bintang-bintang dari luar atmosfera. Dulu masa kecik, aku ada cita-cita nak jadi astronomi...huhu. Siap nampak star shit tahi bintang lagi melintas...1 kali masa tunggu bas sekolah(6.30pagi), masa tengah tengok bintang-bintang sekali kat tepi rumah, yang last tengok masa lepak tepi padang bola lepas study dulu...3 kali dalam hidup kalau tak silap dapat tengok live shooting star meluncur...korang suma penah tengok live? Dekat Planeterium ada la kot.haha


Apa-apa hal pom bila rasa sunyi tak pun time tak ada kerja, aku suka tengok kat atas langit malam-malam buta...kekadang dulu zaman sekolah, pukul 12am pom aku keluar depan rumah nak tengok tunggu komet kat langit...nak buat macam mana dah hobi ku...sampai kan aku tahu tarikh bila nya komet tu melintas ruang angkasa kita dan dapat lihat dengan jelas. Tapi macam komet halley setiap 75 tahun sekali baru dapat tengok. Bukan senang nak jumpa...


Sampai lah satu hari aku menang bida sebijik teleskop china made semata-mata minat dan hobi....tapi malam-malam tak tahan dengan nyamuk lak. Adus potong stim betol. Tapi demi hobi tu bapak nyamuk gigit pom boleh lagi tahan..(nyamuk jantan mana isap darah).
 
Macam mana pun... tulah hobi ku..walaupun cita-cita tidak kesampaian tapi aku masih macam dulu...cintakan alam semesta ciptaan Maha Pencipta...


...bersatulah dengan alam maka kita akan dapat merasai mereka ada bersama kita...

Sabtu, 9 Oktober 2010

Facebook: Fakta & Angka Untuk 2010

Baca sendiri kat bawah yea. Sorry page load lambat pasal image nih besar sikit.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Ketam Yeti


Dalam keadaan kabur dan sejuk yang menyelaputi di Himalaya, ketam yeti itu ditemui sekitar kawasan lubang angin hidrotermal dalam satu batu setengah (2,4 kilometer) di bawah Pulau Paskah pada bulan Mac 2005.



6-inci (15 cm), crustacean (haiwan berkulit keras)buta –nama rasmi adalah Kiwa hirsute merupakan 1 daripada 6,000 lebih spesies baru yang ditemui selama sepuluh tahun usaha Membanci Kehidupan Laut bagi mendokumentasikan semua kehidupan laut.


Ekspedisi Project's 500-plus juga mengumpul visual warisan yang unik seperti organisma yang belum dijumpai.


Satu misteri yang mungkin bersebab, kelihatan rerambut yang menutupi lengan dan kaki ketam itu. Fiber tersebut memerangkap bacteria yang mugkin sebagai makanan.


Sumber :National Geo

Khamis, 7 Oktober 2010

2010 Updated: Peta Komuniti Online

Untuk peringatan dan pengetahuan semua, Facebook bermula dari sifar hingga $10 Billion dalam tempoh TIGA tahun. Dan pada julai 2010 jumlah pengguna AKTIF melebihi 500 juta.
Tiga tahun adalah tempoh bagi menyempurnakan Diploma. Berapa RM kamu semua sudah belanjakan untuk mendapatkan 2 keping sijil Diploma atau Ijazah??? Tapi Mark Zuckerberg sudah boleh dapat bersamaan  dengan.....

30.9400197 billion Malaysian ringgits



p/s: 1 Billion = 1000,000,000 ?.
Kalau blog ni ada 500 juta unique visitor, nuffnang nak bagi BE/ME gak ke?

Rabu, 6 Oktober 2010

Menyelongkar Facebook: Setiap Jenis Gambar Pernah Anda Jumpa

Adakah anda seorang yang stabil? Sedikit gila mungkin? Fun-loving? Berisiko?Berbahaya? Bagaimana kawan-kawan anda melihat anda?

Sebenarnya ia semuanya berada didalam foto profil anda. Panduan visual ini dapat memyelongkar  untuk mengetahui tentang diseballik gambar potret di Facebook.

 


p/s: Pada kawan-kawan yang belum berkerja, ingat gambar resume memberi impak yang besar. Maka pasti kan anda kelihatan berkeyakinan ketika gambar anda diambil.

Selasa, 5 Oktober 2010

Antenna Yagi-Uda+Directional


Anda mungkin terlupa bahawa sebelum memasang ASTRO dekat rumah, television anda mempunyai antenna jenis outdoor macam tulang ikan. Sesetengah orang meyebutnya Area TV. Namun nama sebenarnya adalah Yagi-Uda. Saya ulangi Yagi-Uda. Siapa yang menciptanya?


 

Pada 1926, Dr Shintaro Uda dan Dr Hidetsugu Yagi dari Tohoku Imperial University mencipta sebuah sistem antena directional yang terdiri dari array (tersusun) dwikutub digabungkan selari.

  
Geometri array Yagi-Uda:
Dipole kedua pada array Yagi-Uda adalah hanya unsur pendorong dengan menerapkan input/output masukkan sumber , elemen yang lain berinteraksi secara mutual coupling sejak menerima dan reradiate tenaga elektromagnet, mereka bertindak sebagai elemen parasit oleh arus induksi. Boleh diandaikan bahawa antena adalah peranti salingan yang pasif, maka ia dapat digunakan baik untuk penghantaran atau untuk penerimaan tenaga elektromagnetik: ini juga sama dan berlaku pada Yagi-Uda juga.



Antena Yagi-Uda yang paling sederhana atau minimal memiliki sekurang-kurangnya dua elemen parasit belakang Driven/pendorong Elemen (DE). Antenna dengan hanya memiliki satu elemen parasitik sebagai elemen Reflector (Ref) umumnya disebut antena Yagi. Hal ini terjadi ketika 'electrical length' elemen parasit lebih besar daripada elemen driven.

  
Jika 'electrical length' elemen parasit lebih pendek daripada elemen driven, pola radiasi terbalik dan elemen parasit akan menjadi Pengarah/director(D).


FAQ's: Apa perbezaan antara antena Yagi-Uda dengan Yagi? Satu set antena televisyen, FM, amatur radio,dan antena WiFi bukan Yagi?

Jawapan: Yagi-Uda adalah nama lengkap yang betul untuk setiap antena dengan tiga atau lebih elemen dalam array(tatasusun). Yagi adalah nama untuk dua elemen, elemen pendorong dan reflektor, atau elemen driven dan satu pengarah sahaja. Antena set televisyen, amatir radio FM dan antena Yagi lazimnya disebut antena Yagi-Uda apabila ada tiga atau lebih elemen dalam array sistem. Dua istilah ini boleh dikatakan setara dalam penggunaan praktikal umum. Yagi-Uda harus adalah nama yang bersejarah sempena nama mereka yang berusaha menciptanya. Antena Yagi mempunyai Nombor Paten 69115 di Jepun.

Isnin, 4 Oktober 2010

Google Translator

Buat mereka yang suka translate guna google translator mesti dah lali dengan ketidak tepatan yang diberikan. Dibawah ni ada sedikit kekeliruan dengan apa yang aku post hari tu selepas di alih bahasakan ke English.


...yang aku taipnya nih


Ha ha ha tah apa-apa.....

Ahad, 3 Oktober 2010

Harga Handphone, Hargai


Biasanya kalau orang tunggu member ke dalam keboringan ke mesti ada belek-belek handphone kan? Pendek kata tengah boring mesti kita capai handphone kan. Tapi kenapa mesti handphone bukan selipar ke kacing baju ke koler baju ke janggut? Setakat nih jawaban tu masih diperingkat kajian yang cukup teliti oleh orang lain...


Tapi agak melampau lah time khutbah jumaat pom nak layan handphone.  Seeloknya off dahulu sebelum masuk masjid.

Kalau anda nak tahu handphone nih ada banyak kegunaannya contoh di bawah ni adalah sebagai tanda kita menghargai kewujudannya:


Cermin makeup

Perangkap tikus (kurang efektiv)

Sepit Baju

Rak Buku

 Tempat Letak Sabun

Lastik Cicak (Jangan wat lastik tok ke)

Akhir Sekali Wat Penyendal Pintu


p/s: ni semua khas bagi orang-orang kaya sahaja....yang miskin tidak digalakkan.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Accidents Happen

Salam...hari ni gua nak kongsi cerita sikit pasal accident. Pasal pada pukul tah barapa, dalm 45 minit sebelum isyak, gua terlibat dengan kemalangan.

Sapa salah?
Woo tu bukan salah gua...sebenarnya salah pemandu lah. Dan pemandu tu pun laju la kot time jem camni.





Amacam ape rase tengok bahagian kemek kete baru nih. Macam mana lah leh jadi camni. Sebenarnya Onesli gua cakap kat lu..gua tak pernah terlibat gan kemalangan kereta. Terbalik moto adalah. Dan yang paling penting bukan gua yang drive mase xcident nih. Kebetulan lak lesen gua expire bulan lepas...fuhhh selamat gua.

Gua jadi co-pilot ja malam 2. Dan memang tugas gua la nasihat pilot sejati sebelah gua nih. Tapi Allah swt nak bagi pengajaran. Time gua gah check peta garmin kat nokla gua yang best nih, pilot gua nih tak nampak kera kereta kat depan dia berhenti. Sah-sah la gua pom tak nampak pasal duk sibuk mencari lokasi dalam garmin tu. 

Dengan laju nya pilot gua yang hebat nih memecut tapi tak sampi 2 saat sebelum bontot kereta depan disentuh oleh kereta gua naik nih gua sempat dengar " Aiiiihhh...." 

"GEDEBOOOONGGG" bunyi kesan hasil dari mometum yang tinggi. Masa tu gua nampak kereta depan gua yang dah berhenti bergerak semula kedepan pasal kena langar.

 

Bayangkan betapa laju nya pilot gua bawak sampai kereta yang dah berhenti kat depan tu leh mengelonsor  langar kereta depan dia lak. Pendek kata 3 kereta lah 'bedegungg'.

Tapi Alhamdulillah gua bersama pilot habat gua nih terselamat. Cuma pilot gua ja lebam-lebam. Pemandu gan penumpang dalam kereta depan gua tu pom selamat.
Dalam beberapa minit pas tu gua pi lah balai trafik. Dah lah tau mana balai nye...nasib baik ada garmin. Pastu gua pi balai polis bukan balai trafik..huhu sekarang gua jadi pilot pasal xpilot gua ngah nagis ketakutan.
Gua pom takut pasal 1st time nih...tapi contol macho tu wajib
Pengajaran penting bila kemalangan yang gua dapat :-
  1. Istighfar dan megucap banyak-banyak. Moga tidak panic dan dipermudah kan segala kesulitan. Pastikan hazart dihidupkan.
  2. Matikan engine bagi megelakkan short pada terminal bateri atau kebakaran akibat kobocoran atau paip tangki minyak (fuel).
  3. Periksa keadaan anda dan penumpang anda dan keluar apabila pasti selamat, jika tidak dapat keluar tekan hon bagi menarik perhatian orang awam supaya datang membantu.
  4. Jangan telephone orang tua anda dalam keadaan ini jika anda tahu atau tidak tahu orang tua anda menhidap darah tinggi atau lemah jangtung.atau seumpamanya. Sebalik nya telepone rakan-rakan anda atau adik-beradik.
  5. Jika tiada kecederaan anda boleh membuat laporan polis trafik dengan segera. Jika kecederaan serius telepone ambulance. 
  6. Ingat nyawa dan keselamatan lebih penting dari kereta anda. 
  7. Anda perlu tahu bahwa perlangaran hadapan mungkin menyebabkan tangki, paip atau radiator kereta anda bocor. Jadi seeloknya jika anda tidak pasti keadan ini, mati kan engine atau jangan meggunakan kenderaan ini pada masa itu. Jika tidak insuran tidak akan cover kalau engine over heat dan rosak, sebab kerosakan itu bukan akibat dari kemalagan lagi.
Kalau beli kereta tu buat 2nd driver...orang insuran xkan cerita pasal 2nd driver tau..xpasal anda anda kena kluarkan RM400 sebab kemalangan berlaku ketika orang lain memandu dan bukan nya pemilik kenderaan itu. Klu da bli tapi tak buat 2nd driver, nanti nak bayar insuran akan datang suruh dia buat 2nd driver...
Ada banyak gua nak cerita. Tapi gua penat..zzzz
p/s: Akhirnya gua sampai ruma sewa gua gan teksi lalu trus membuka dan menaip belog ini. Sekian wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...