Ahad, 10 Oktober 2010

SURROUNDED BY THE GREATEST SHOW

Salam semua......hari ni Ber-blog walking kat kat kampung, klu nak tahu nama kampung ni 'Small Ville' bila diterjemahkan menggunakan kamus hafizm edisi cetak rompak.

Sementara ada dekat kampung ni malam adalah waktu paling syok, sebab apabila kita tinggal di bandar...dengan secara otomatiknya kita terlupa yang sebenarnya kita dikelilingi SHOW TERHEBAT di alam semesta ni..

Nak tau apa the greatest show tu?



Haa nih lah pertunjukan paling hebat malam-malam dekat sini (gambar hiasan). Kat bandar susuh nak tengok sebab cahaya lampu akan reflek pada udara dan lapisan atmosfera sampai tengelam cahaya bintang-bintang dari luar atmosfera. Dulu masa kecik, aku ada cita-cita nak jadi astronomi...huhu. Siap nampak star shit tahi bintang lagi melintas...1 kali masa tunggu bas sekolah(6.30pagi), masa tengah tengok bintang-bintang sekali kat tepi rumah, yang last tengok masa lepak tepi padang bola lepas study dulu...3 kali dalam hidup kalau tak silap dapat tengok live shooting star meluncur...korang suma penah tengok live? Dekat Planeterium ada la kot.haha


Apa-apa hal pom bila rasa sunyi tak pun time tak ada kerja, aku suka tengok kat atas langit malam-malam buta...kekadang dulu zaman sekolah, pukul 12am pom aku keluar depan rumah nak tengok tunggu komet kat langit...nak buat macam mana dah hobi ku...sampai kan aku tahu tarikh bila nya komet tu melintas ruang angkasa kita dan dapat lihat dengan jelas. Tapi macam komet halley setiap 75 tahun sekali baru dapat tengok. Bukan senang nak jumpa...


Sampai lah satu hari aku menang bida sebijik teleskop china made semata-mata minat dan hobi....tapi malam-malam tak tahan dengan nyamuk lak. Adus potong stim betol. Tapi demi hobi tu bapak nyamuk gigit pom boleh lagi tahan..(nyamuk jantan mana isap darah).
 
Macam mana pun... tulah hobi ku..walaupun cita-cita tidak kesampaian tapi aku masih macam dulu...cintakan alam semesta ciptaan Maha Pencipta...


...bersatulah dengan alam maka kita akan dapat merasai mereka ada bersama kita...

3 ulasan:

Solihin Zubir berkata...

btol2.. dok kampung mmg besh..
kalau dok bandar, tggu blackout satu bandar baru bley nmpk bintang kt langit tu.. hehe..

Yui_Wani berkata...

saya nak tengok banyak bintang... >__<

sazali yusof berkata...

Dah lama tak tengok langit cantek macamni.. sekarangni kilang banyak lepaskan asap malam2.. so langit digelapi oleh asap je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...