Selasa, 12 Oktober 2010

Nyamuk aedes : Nyamuk ANTI-DENGGI

Mengikut Newscientist.com, Nyamuk yang dijangkiti oleh bakteria yang akan menghentikan penularan virus demam denggi berdarah akan dilepaskan dalam tahun hadapan.

Sekitar 100 juta orang di daerah tropika dijangkiti demam denggi berdarah setiap tahun, dan 40,000 yang dilaporkan mati. Lingkungan virus ini sudah berkembang, dan minggu lalu sahaja Perancis melaporkan kes pertama tempatan diperolehi. Adakah perancis negara tropika seperti kita?


         Gambar: Simtom-Simtom Demam Denggi.

O'Neill Scott dari University of Queensland di Brisbane, Australia, dan rakan telah menemui bakteria lalat buah yang disebut Wolbachia yang menjangkiti nyamuk Aedes, dan akan membuat mereka kurang mampu untuk membawa virus denggi. Ia juga akan mengurangkan separuh jangka hayat nyamuk aedes itu. Hanya nyamuk dewasa yang menyebarkan denggi - jadi dengan membunuh nyamuk tersebut boleh menghentikan penyakit bawaan nyamuk ini. Ini kerana usia nya semakin berkurangan dan akan mati sebelum dewasa.

Wolbachia disebarkan melalui telur dari si betina yang dijangkitinya, O'Neill mengatakan, oleh sebab itu hanya keturunan yang dijangkiti sahaja akan membawa bakteria tersebut.

Nyamuk yang dijangkiti akan dikeluarkan di Australia dan Vietnam. Tiada laporan lengkap buat masa ini untuk dikeluarkan di Malaysia. Namun ada khabar dari pihak berkuasa Malaysia, menyatakan kita adalah bakal menjadi negara Asia pertama menggunakan nyamuk yang di-modifikasi genetiknya bagi melawan denggi.

3 ulasan:

syufaa berkata...

hohh..menarik2..

Unknown berkata...

Oooooo~~~ :D

SyazwanJaudin berkata...

Kira macam bakteria baik ngan bakteria jahat kat dalam badan kita la ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...