Rabu, 29 September 2010

Kereta Peronda dilanggar Dua Lelaki Diburu




KOTA BHARU - Polis Kelantan sedang memburu dua lelaki yang dipercayai terlibat melanggar kereta peronda polis sehingga terjunam ke dalam sebuah tali air di Tumpat empat hari lepas.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim berkata, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Tumpat, yang dipercayai bersama dua suspek itu, ditahan pada hari kejadian.  

Kejadian berlaku pada 1.30 pagi Jumaat lepas ketika sebuah kenderaan polis yang dinaiki dua anggota sedang meronda kawasan berhampiran stesen minyak BHP di Kampung Laut, Palekbang, Tumpat.

"Ketika dua anggota itu meronda, mereka terlihat sebuah kenderaan jenis Proton Satria berwarna putih dinaiki tiga individu, dua lelaki dan seorang wanita dalam keadaan mencurigakan lalu mengekori kenderaan itu. 

"Bagaimanapun sebaik menyedari diekori, mereka bertindak agresif dengan melanggar kenderaan anggota peronda sehingga terjunam ke sebuah tali air berhampiran," kata Mazlan. – Bernama
 

Gambar hiasan

p/s: nasib bek kt kelantan xder evo polis...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...