Rabu, 20 Oktober 2010

Anti-Menara Mega Malaysia : Facebook Sekat

Laman sosial Facebook telah menyekat sebuah halaman yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia yang membantah cadangan kerajaan bagi membina sebuah menara 100 tingkat di ibu negara, Kuala Lumpur.

Dalam tempoh, empat hari, laman itu berjaya menarik 30,000 peminat ataupun satu daripada 300 pengguna Facebook di Malaysia. Sasaran mereka adalah untuk mengumpulkan sejuta peminat.

Meskipun pengguna Facebook masih boleh menyertai kempen '1M Malaysians reject 100-storey Mega Tower', namun pemilik halaman itu dilarang menyiarkan sebarang mesej baru di halaman berkenaan.

Pemilik laman yang tidak dikenali itu menganggap tindakan Facebook sebagai satu bentuk tapisan baru di internet.

“Sementara media baru memberi peluang pergerakan sosial baru, sikap kukubeasi oleh gergasi internet seperti Facebook menjunam ke arah bentuk tapisan yang baru,” kata seorang daripada pemiliknya setelah menyedari lamannya itu telah disekat.

Facebook menerbitkan kenyataan ringkas: "Your publishing rights have been blocked due to a violation of the Pages Terms of Use" atau diterjemahkan sebagai hak menerbit anda disekat kerana mencabuli syarat penggunaan.

Facebook tidak menyatakan apa yang dimaksudkan dengan pencabulan peraturan itu, mahupun membekalkan saluran untuk merayu

5 ulasan:

cacing berkata...

dunia takkan pernah aman.... jika semua mahu dikondem, maka malaysia tidak akan maju.... pemimpin hanya memikirkan kejayaan negara tanpa melihat rakyatnya dibawah, rakyat pula tidak mahu berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.... maka, akan berlaku tunding menunding dan maki memaki....

LaNuNsepet berkata...

aku rasa kerajaan malaysia..yg arahkan facebook tutup page tu.. sama lar nak report page tu samapai abuse vioalation..

hmm.. patut kerjaan jawab betul2..

page tu leh jer wat balik kan..

aku pun tak bp setuju ngan menara ni din .

Solihin Zubir berkata...

dasar pengecut mmg camtu...

Admin berkata...

Salam .. waaaa ye ke? hmm tak tahu la pulak ujud. Saya ada wat posting pasal Menara Warisan ini kat blog saya... bleh baca ... selain ulasan mengenai bajet 2011.

http://hasrulhassan.blogspot.com

Unknown berkata...

Aduhai~ benda-benda alah camni malas nak layan...uhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...